Dewan kecoh usul ganti speaker ditolak timbalan speaker



Published
Sidang Dewan Rakyat sedikit kecoh berhubung 11 usul untuk menggantikan speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun yang telah ditolak oleh timbalannya Mohd Rashid Hasnon.

Azhar menjelaskan dia telah menarik diri daripada terlibat dengan urusan berhubung usul itu dan telah menyerahkannya kepada Rashid.

Ahli parlimen pembangkang kemudian menuntut penjelasan Azhar dan mendesak agar Rashid dipanggil ke dalam dewan untuk menjelaskan keputusannya menolak usul tersebut.
Category
Audio
Be the first to comment