Featured

Isu usul ditolak: Speaker nafi ada kepentingan



Published
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menafikan mempunyai konflik kepentingan dalam isu penolakan usul berhubung aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh pihak dakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Azhar sebaliknya menjelaskan, usul itu ditolak berikutan ia bersifat subjudis kerana terdapat beberapa prosiding berkaitan masih berjalan di mahkamah antarabangsa.

Beliau berkata, tidak timbul isu konflik kepentingan kerana beliau sendiri tidak pernah masuk campur bidang tugas Peguam Negara yang juga abangnya, Tan Sri Idrus Harun, berhubung isu berkenaan.

"Mengenai subjudis, saya menerima pandangan undang-undang menyatakan ia sememangnya subjudis kerana terdapat satu atau dua prosiding masih berjalan. Peraturan Mesyuarat amat terang dalam hal ini dan saya akan memakainya.

"Mengenai konflik kepentingan, saya menafikannya kerana saya tidak pernah masuk campur dengan hal abang saya, saya tidak bercakap dengan beliau pun, tidak pernah cakap soal kerja dengan beliau.

"Sekiranya apa-apa berlaku dalam Dewan ini yang menyentuh mengenai beliau, saya akan mengecualikan diri daripada membuat keputusan," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy
Category
Audio
Be the first to comment