Featured

Ramli, Alice dipilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat



Published
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Noor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong, masing-masing dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas pengundian dilakukan hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Ramli memperoleh sokongan 148 undi, manakala Alice pula meraih 146 undi.

Mas Ermiyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pula meraih 74 undi.

Usul pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dibuat sejurus 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15, hari ini.

Pada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen perlu menulis nama calon yang disokong pada kertas diberikan kepada mereka, sebelum kiraan undi dibuat.
-----------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro
▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy
▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy
▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy
Category
Audio
Be the first to comment