Featured

SEARCH BAND - "ROCKING ON ROOFTOP" PROMO VIDEO



Published
Buat semua peminat, ini adalah hadiah ikhlas dari kami! Inilah barisan SEARCH yang saya rasa mampu membawa nadi dan semangat SEARCH selepas ini.

Saya dan kesemua ahli SEARCH berasa amat bertuah atas segala sokongan peminat selama ini. InshaAllah, semua sokongan itu akan menjadi pemangkin pembakar semangat untuk kami terus berkarya dan terus mewarnai industri seni Rock'n'Roll tanahair.

Saya harap, kami dapat berjumpa semua peminat di Rocking on Rooftop konsert, 11 Jun 2022 nanti. Buat yang belum membeli tiket, boleh saja layari www.fenomenasearch.com atau pergi ke Search Rock Station untuk mendapatkannya.

Sekali lagi, terimakasih atas sokongan. Show must go on!!
Love, peace & respect to all of you!

Kid Search (14 May 2022)
Category
Audio
Be the first to comment