Speaker sedih Ahli Parlimen tidak hormat bentara sedang bertugas



Published
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan kesedihan atas sikap segelintir ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghormati bidang tugas bentara ketika usul tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah ditolak di Dewan Rakyat, semalam.

Azhar turut mempersoalkan isyarat yang diberikan Ahli Parlimen kepada rakyat apabila tidak mengendahkan arahan bentara sehingga terpaksa menunggu selama 40 minit atas kekecohan selepas Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud) diarah keluar dari dewan.

"Saya amat sedih bentara yang terdiri daripada muda mudi tidak dihormati langsung...tidak hormat saya tak apa, saya Speaker saya boleh terima, itu hidup saya, tugas saya tapi hormatlah muda mudi kita yang bekerja sebagai bentara.

"Saya bagi kelonggaran nak cakap saya bagi cakap tetapi lunas dan adab kita jangan ditinggalkan...tak elok...tak hormat saya tak apa saya dewasa sudah tua nak mati...ini budak-budak yang kerja dengan kita," katanya di Dewan Rakyat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/977961/speaker-sedih-ahli-parlimen-tidak-hormat-bentara-sedang-bertugas

-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy
Category
Audio
Be the first to comment