Featured

Speaker tegur mukadimah panjang, bahas ketika tanya soalan



Published
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini menegur tindakan Ahli Parlimen mengemukakan mukadimah panjang ketika bertanya soalan pada sesi soal jawab lisan.

Ia berikutan beliau mendapati hanya empat soalan dapat ditanya selepas kira-kira sejam persidangan berlangsung.

"Saya mendapati kita hari ini baru soalan keempat (dalam tempoh) sejam dan ini adalah satu perkara amat tidak memuaskan hati.

"Jika mengikut konvensyen di House of Commons, soalan ditanya hanya 30 saat dan jawapan diberikan seminit. Di sini, kita memberi hingga tiga dan dua minit setengah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Azhar Azizan menegaskan, beliau mendapati ada Ahli Parlimen yang tidak mematuhi peraturan apabila cuba berbahas ketika bangun untuk mengemukakan soalan.
-------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen U Mobile, sila layari https://bit.ly/3HGdoUf
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro
▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy
▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy
▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy
Category
Audio
Be the first to comment